AL - R.I.D.U.A.N

> Our Program

Maklumat Program

Hari ini ramai dalam masyarakat kita menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sehinggakan ada yang lupa akan tugas dan tanggungjawab sebenar sebagai insan yang berjaya lagi professional serta mendapat kesejahteraan hidup. Tidak lupa juga terdapat kumpulan dalam masyarakat yang menghadapi tekanan dalaman dan luaran hasil dari perubahan sosio-ekonomi yang menghambat perjalanan hidup setiap hari. Perkara ini boleh mengakibatkan seseorang manusia itu hilang punca dan akhirnya memilih jalan yang paling mudah untuk meringankan beban kehidupan yang menyebabkan keadaan hidup lebih teruk. Untuk mengelakkan dari memilih tindakan yang tidak sesuai dan wajar dengan nilai dan norma serta budaya masyarakat, DSMZ Academy membawa khas program AL- R.I.D.U.A.N demi menyantuni permasalahan masyarakat.
Program ini bertujuan memberi solusi dari sudut penyelesaian masalah dengan memberi suatu nafas baru agar kemelut yang dihadapi dapat diatasi dengan lebih bijak, sistematik dan berkesan. Selama tiga hari dua malam, anda akan mengenal dan mengetahui serta menghayati proses AL-R.I.D.U.A.N yang akan menjadikan anda seorang insan yang lebih berwawasan serta amanah dan mempunyai halatuju yang jelas lagi bernas untuk kebahagiaan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Melalui program ini anda akan berpeluang menggunakan sinergi yang banyak untuk meningkatkan iltizam, potensi jayadiri, keupayaan minda, dan yakin dengan qada’ dan qadar Allah.

Modul Program:

• Memahami diri sendiri dengan lebih baik,
• Meningkatkan keyakinan dan harga diri,
• Membina jatidiri yang unggul dan syumul,
• Memahami dan mempraktik disiplin yang optima,
• Menghayati nilai-nilai murni  seperti amanah, tabligh dan fatonah,
• Mensyukuri hasil dan nikmat yang diperolehi dalam kesejahteraan hidup baru

Modul Program:
• Mengenal Diri
• Potensi Dalaman
• Introspeksi Diri
• Nilai-Nilai Murni
• Falsafah Kehidupan
• Halatuju Diri
• Anjakan Paradigma
• ‘Be The New You’
• Kesyukuran dan Kesedaran

Metodologi:
Pembentangan Powerpoint, Teknik Bayangan, Tayangan Video, Latihan Pengalaman (role play, game of live) dan Sesi Perbincangan

Siapa Patut Sertai:
•Individu
• Usahawan
• Pekerja Pejabat
• Organisasi/ NGO
• Pelajar Sekolah/ IPT

AL – R.I.D.U.A.N

DSMZ Academy Sdn Bhd (1264237-W) Level 8-01, Menara Yayasan Tun Razak, No. 200 Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur, Malaysia
Office: +603-2163 8778 / WhatsApp: +6018 2523 643 Email : ask@dsmzacademy.my

Form Selected

About Us

Provide Business Coaching on Big Data, Finance, Marketing and People Analytics.

Run a Career Seminar every month for students and university graduates.

Follow Us

      

Contact Us

Office phone: +603 2163 8778
Fax: +603 2161 9411
Whatsapp: +6018 2523 643

Address : Level 8.01 Menara Yayasan Tun Razak No 200 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur

Time : 9 am – 5 pm (Monday – Friday)